Sign In

MOH held tahlil ceremony at Kubah Makam Di Raja

​PRESS INFO

​MAJLIS BERTAHLIL KEMENTERIAN KESIHATAN DI KUBAH MAKAM DI RAJA


Isnin, 21 Ramadhan 1445H bersamaan 01 April 2024M - Kementerian Kesihatan mengadakan Majlis Bertahlil bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman dan Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji Abdul 'Azim ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah di Kubah Makam Di Raja, Kampong Tamoi.

 

Mengetuai rombongan Kementerian Kesihatan ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan.

 

Majlis bertahlil di Kubah Makam Di Raja pada tahun ini adalah salah satu daripada aktiviti keagamaan yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan bersempena bulan suci Ramadhan setiap tahun. Dengan adanya keikhlasan warga Kementerian Kesihatan menghadiri dan sama-sama membaca Tahlil serta Doa Arwah ini dengan izin Allah Subhanahu Wata'ala akan memperolehi keredaan dan keberkahan di bulan yang mulia ini.

 

Majlis tahlil tersebut dihadiri kira-kira seramai 400 orang terdiri daripada Ketua-ketua Jabatan, beserta pegawai-pegawai dan kakitangan di Kementerian Kesihatan.

 

- T A M A T -


Tarikh: 21 Ramadhan 1445H / 01 April 2024M

Rujukan:         KK/PR/3/1

Attachments